qilla

Saturday, June 30, 2018

Menikmati Durian Dusun Bentong


Satu lagi tarikan di Bentong adalah berkunjung ke dusun durian yang diusahakan oleh pengusaha ladang durian di sana. Bagi penggemar durian mereka akan mencari dusun yang memang terkenal dan banyak diiklan termasuk di media sosial.











Menikmati durian segar terus dari dusun

- - - - -

Lemang Tokki Bentong


Satu lagi ikon kebanggaan Bentong adalah kedai Lemang Tokki. Pelawat yang berkunjung ke Bentong pasti mencari kedai ini untuk menikmati menu istimewanya lemang. Selain lemang memang lah ada berbagai menu lain turut dijual. Namun sesuai dengan nama kedai pastilah lemang menjadi tarikan utama mereka.






Japanese Garden (2)


Cantik lanskap di Japanese Garden. Tambah pula cuaca yang agak dingin di atas bukit.




Fasiliti untuk spa turut tersedia


Signage Tatami Spa


Japanese House
- - - - -

Japanese Garden Bukit Tinggi


Dengan bayaran masuk yang dikenakan bersekali dengan Japanese Garden maka janganlah disia-siakan kesempatan untuk melawati Japanese Garden.

The Japanese Village is a series of Japan-themed attractions, spread across a garden landscape on a hill top at Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Located five minutes away by car or shuttle ride away from Colmar Tropicale Resort, the village also comprises the Japanese Tea House, Botanical Garden, Tatami Spa, Ume Tatami Suite and Ryo Zan Tei Restaurant. (link - berjayahills)


Signage menujukkan tarikan yang ada di Japanese Garden


Taman yang menghijau 



- - - - -

Colmar Tropicale Bukit Tinggi


Dari tempat penginapan di Bentong Hot Spring untuk menuju ke Bukit Tinggi tidaklah jauh mana. Maka kesempatan diambil untuk melawat sama tempat percutian Colmar Tropicale di Bukit Tinggi. Ada yang mengenalinya sebagai Berjaya Hills Resorts. Pengunjung yang datang dikenakan bayaran masuk RM12 yang terpakai untuk dua destinasi - Colmar Tropicale dan Japanese Garden. Kedua-duanya adalah bersebelahan saja lokasi mereka. Colma Tropicale mula dibuka untuk umum pada tahun 2000.

Bukit Tinggi berada pada ketinggian 2600 kaki / 790 meter dari aras laut. Keluasan kawasan peranginan Colmar Tropicale adalah 80 ekar, manakala kesuluruhan kawasan peranginan Bukit Tinggi 16,000 ekar.




Senibina yang agak menarik


Masih dalam suasana hari raya

- - - - - 

Friday, June 29, 2018

Restoran Tawakal Bentong


Apabila kita melawat sesuatu tempat dan perlu mencari tempat makan maka satu caranya ialah membaca cadangan atau rekomen yang ada di media online. Bagi Pekan Bentong satu tempat makan yang sering diceritakan ialah Restoran atau Kafe Tawakal. Lokasinya ialah 1960 Jalan Ah Peng, Bentong (sebagai panduan ianya berdekatan Hospital Bentong). Ia telah memula bisnes sejak 40 tahun yang lalu (link).


Restoran Tawakal (konsep baru) mula dibuka pada 1989


Catatan sejarah tertulis pada buku menu


Mencuba murtabak Restoran Tawakal

- - - - -

Bentong Park


Bentong Park adalah ikon pelancungan bagi Pekan Bentong yang di situ dibina tulisan besar Bentong (link). Lokasinya  berdekatan Taman Rekreasi Sg Marong (link). Sebuah kampong terdapat di tepian Sg Marong yang juga dinamakan Kampong Sg Marong.


Tulisan Besar - Bentong


Tempat tumpuan pelawat bergambar di Bentong

- - - - -

Bentong Hot Spring


Masih dalam mood Syawal dan berkebetulan dengan selesainya sesi tugas semester maka kesempatan diambil untuk bercuti dan berehat hujung minggu. Destinasi yang di tuju adalah negeri Pahang iaitu ke Bentong Hot Spring. Lokasi BHS adalah dalam sejam perjalanan dari KL melalui lebuhraya ke Kuantan dan jalan keluar exit Janda Baik.


Signage besar pintu masuk Hotspring Bentong


Bangunan Ruang Masuk Utama


Kaunter Reception


Librari kecil berhampiran ruang reception

- - - - -

Tuesday, June 19, 2018

Majlis di Dewan Cenderawasih Pendang


Tujuan utama ke Pendang adalah untuk hadir majlis walimah yang diadakan di Dewan Cenderawasih, Majlis Daerah Pendang. Lokasi dewan adalah di Bandar Pendang dengan kawasan parkir yang agak mudah untuk dicari. Majlis berlangsung dalam suasana cuti aidilfitri.


Dewan Cenderawasih, Bandar Pendang


Ketibaan pasangan pengantin

- - - - -

Pendang Lake Resort


Satu lagi tempat penginapan yang ada di Pendang adalah Pendang Lake Resort. Ia dibangunkan oleh Majlis Daerah Pendang dan diurus oleh sebuah syarikat lokal. Tarikannya ialah sebuah tasek besar. Tasek ini dikenali juga sebagai Kolam Mada oleh penduduk setempat. Untuk mengetahui mengenai kadar bayaran penginapan boleh rujuk link berikut - link1; link2. Maklumatnya mungkin sudah ada perubahan namun bolehlah guna sebagai panduan.








- - - - -

Monday, June 18, 2018

Villa Homestay Pendang Kedah


Ketika musim cuti Eidil Fitri sempat pergi berkunjung ke Pendang Kedah. Ada majlis perkahwinan di sana dan penginapan di Pendang adalah sebuah unit homestay yang terletak di Taman Gemilang Pendang.


Cahaya Gemilang Villa Homestay


Ruang Tamu


Ruang parkir

Menurut sebuah artikel nama Pendang adalah berasal dari perkataan Siam "Pendiat". Pendiat bermakna parit atau lubang yang digali untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah yang ditangkap itu kemudiannya akan menyusur parit tersebut menghala ke sebuah telaga. Bila sampai ke telaga gajah akan dimandikan. Telaga tersebut kekal namanya sebagai 'Telaga Gajah' yang menjadi satu tarikan kepada pelawat yang datang berkunjung ke Pendang.

Baca link1 dan link2 untuk info lebih panjang.

- - - - -