qilla

Thursday, February 21, 2019

Murtabak Simpnag


Sampai ke Simpang ketika menjelang waktu asar. Berhenti sebentar untuk minum petang dan menikmati murtabak.


murtabak simpang

- - - - -

roti bakar pak tam


menyinggah r&r tapah dalam perjalanan ke taiping. tak ramai orang yang singgah kalau travel ketika hari bekerja.


roti bakar pak tam

- - - - -

Monday, February 11, 2019

Hotel Seri Malaysia Rompin


Menginap di HSM Rompin. Sebetulnya di Tg Gemok berdekatan Jeti untuk ke Pulau Tioman di Tg Gemok.


- - - - -

Saturday, February 02, 2019

Stesen KTM Arau


Perjalanan melawat Perlis berakhir dengan menuju ke Stesen KTM Arau untuk menaiki ETS. Tren ETS perjalanan ke KL Sentral adalah pada 2.30 petang.  Maka sempatlah bersolat di stesen Arau sebelum menaiki ETS.



Sebuah masjid bersebelahan stesen KTM Arau 

Platform menunggu tren ETS


- - - - -

MRSM Arau


Selesai makan tengah hari dan sementara masih ada sedikit masa sebelum pulang ke selatan menempuh pula lebuh raya changlun menuju ke MRSM Arau.



Gate utama MRSM Arau

- - - - - 

Restoran Anjung Keli Kangar


Hari ni perjalanannya untuk cari kedai makan sahaja. Kalau paginya kat Capati Labu Sayong untuk makan tengah hari menuju pula ke Restoran Anjung Keli. Kedai ini agak femes dan sering diceritakan oleh pengunjung melalui catatan media sosial online.

Lokasi kedai adalah di Medan Sri Pulai, Jalan Padang Behor, Behor Pulai, Kangar. Berdekatan dengan Institut Pendidikan Guru Perlis dan Institu Latihan Perindustrian Perlis.


Restoran Anjung Keli


Antara tokoh figura publik yang pernah ke sini 
Allahyarham Harun Din dan Ustaz Don




Lokasi kedai Jalan Behor Pulai, Kangar
- - - - -

Minum Pagi Capati Labu Sayong


Pagi ni ada temu janji di bandar Kangar maka tak sempat nak minum pagi di Fyna. Selesai temu janji kami di bawa minum pagi di sebuah gerai capati. Nama kedainya adalah Capati Labu Sayong beralamat di26, Jalan Raja Syed Saffi, Kampung Bintong, Bintong, Kangar Perlis.


Gerai Capati Labu Sayong


Motel Fyna di waktu pagi
- - - - -

Friday, February 01, 2019

Kedai Laksa Kak Su Kuala Perlis


Penghujung jalan pantai dari Sanglang melalui Kpg Sungai Baru ini adalah menuju ke Kuala Perlis. Pekan yang sibuk dengan pengunjung datang untuk menaiki feri ke Langkawi. Satu lagi tarikan Kuala Perlis adalah bisnes laksanya. Salah satu kedai tumpuan adalah Kedai Laksa Kak Su. Jangan datang pada Selasa kerana ia tutup tiap Selasa.


Kedai Laksa Kak Su
Alamat kedai - No 97, Jalan Siakap 1, Kuala Perlis
- - - - -

Tapak Cerapan Hilal Jupem Perlis


Menulusuri jalan pantai Kuala Sanglang ke Kuala Perlis kita akan melalui sebuah tapak cerapan hilal. Lokasi tapak hilal adalah di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. Infrastruktur ini dibina oleh Jupem Perlis.



Tapak Cerpan Hilal Jupem Perlis

Baca penglibatan geomatik uitm perlis dalam cerapan hilal mei 2019 - link.

Baca jua 'Raja Muda Perlis berangkat majlis cerapan anak bulan Ramadan" Mei 2019. Pengarah Ukur Perlis turut sama hadir - utusan.

Berikut pula laporan penyertaan JAIPs dalam hilal tahun 2018 - jaips. Turut hadir sama adalah PU Perlis.
- - - - -

Jalan Sanglang ke Kuala Perlis


Perjalanan seterusnya adalah menuju Sanglang dan dari situ menelusuri jalan pantai menghala ke Kuala Perlis.

From wiki:

Kuala Sanglang is a small coastal village town at the border of the northern Malaysian states of Perlis and Kedah. It was founded by Penghulu Said bin Jaafar bin Enjang (1860-1960) circa 1900, when he opened up an early settlement on Kedah side of the border. According to Penghulu Said, the origin of the word Sanglang is Sarang Helang, which means "eagle nest". These nests were said to be found along the coast and estuary of the area. Thus Kuala Sarang Helang is the original name before later becoming Sanglang.


Jalan Persisiran Pantai
Kuala Perlis - Kuala Sanglang
02700 Spg Empat


Pasar Nelayan, Kuala Sungai Baru
Simpang Empat, Perlis


Bomba Sukarela Kuala Sanglang
Kedah/Perlis

Kerajaan Perlis telah merancang untuk membangun Sanglang menjadi Perlis Maritime Corridor (Link - perlis). Namun projek ini di umum cadang oleh kerajaan lama sekitar 2017 (link - freemsiatoday).


Artistic impression of the Perlis Maritime Corridor

Baca juga 'Potensi Kuala Sanglang Pelis sebagai destinasi agro-pelancungan: satu kajian tanggapan pelancung". Kajian oleh ukm 2015 ini mengfokus kepada potensi agro berasas nipah di Ladang Nira Nipah Kipli Sanglang - 11 m/surat (link - jurnalukm).
- - - - -

Sejarah Tasik Melati


Tertulis kat signage menceritakan sejarah Tasik Melati.




Pada asalnya Tasik Melati merupakan sebuah tasik atau paya terbiar yang dipenuhi oleh tumbuhan liar yang dinamakan Kercik. Tasik yang tidak pernah kering airnya menjadikannya sebagai sumber air utama kepada para petani untuk kegiatan pertanian. Paya ini telah dibangunkan oleh JPS pada tahun 1977 dengan membina ban utama bagi meninggikan paras air untuk membekalkan air ke kawasan tanaman padi seluas 350 ekar. Bermula tahun 2001, kerajaan negeri telah menyerahkan tanggung jawab sepenuhnya kepada JPS untuk pelaksanaan infrastruktur, penyelenggaraan dan pengurusan keseluruhan kawasan Tasik Melati seluas 80 ekar. Kini kawasan ini dikenali sebagai Taman Rekreasi Tasik Melati dengan dilengkapi kemudahan infrastruktur yang baik untuk dijadikan sebagai destinasi pelancungan di negeri Perlis.


Signage sejarah Tasik Melati
- - - - -

Tasik Melati


Dari Bukit Temiang bergerak pula ke satu lagi tempat lawatan iaitu Tasik Melati.






Tasik Melati adalah di bawah kendalaian JPS Perlis

- - - - -

Pusat Pelancungan Agro Bukit Temiang


Tidak jauh dari MRSM Beseri sampailah ke satu lagi tempat yang sering dikunjungi pelawat khususnya ketika musim harumanis iaitu Pusat Pelancungan Agro Bukit Temiang. Waktu kami melawat ianya diluar musim harumanis maka tempat kelihatan kosong. Tak ada sebarang aktiviti agro. Yang ada cuma kafe menyedia khidmat minuman dan makanan ringan. Yang ada dijual ketika itu adalah cucur, pisang goreng dan kepok lekor.

Kebersihan sekitar pun tidak terjaga sangat. Lebih-lebih lagi tandas yang terbiar.




Komplek Agro Bukit Temiang

- - - - -

MRSM Beseri


Tempat lain yang di singgahi sekitar Beseri adalah MRSM Beseri. Cuma untuk bergambar kat main gate.


Gate utama MRSM Beseri

Alamat penuh - Batu 8 1/2 Jalan Kaki Bukit, Kangar

- - - - -

Tasik Timah Tasoh


Tasik Timah Tasoh terletak tidak jauh dari Restoran Tok Mek. Maka selesai makan tengah hari terus pula menuju TTT (yang juga merupakan sebahgian dari Empangan Timah Tasoh). ETT adalah sutau tempat kawalan dan bukan kawasan untuk kunjungan awam. Maka yang boleh ditinjau oleh pelawat cuma TTT.

Ada dua buah resorts untuk penginapan betul-betul dalam kawasan Timah Tasoh. Terinai Lake View dan Tasoh Lake Resort. Harga bilik di Terinai bermula Rm120 (info - link)




Tasik Timah Tasoh berlatar belakang gunung yang menghijau

- - - - -

Restoran Tok Mek


Selesai solat Jumaat masa untuk makan tengah hari. Lokasi dituju Restoran Tok Mek, Beseri. Jarak sekitar beberapa km sahaja dari Masjid Jamek Beseri. Selain restoran ada pula Motel Tok Mek (bersebelahan restoran) bagi yang ingin menginap bermalam. Kadar bilik bermula dari Rm80.

Restoran dan Motel Tok Mek agak popular dan banyak entri tentangnya boleh dibaca online. Bagi yang mencari lokasi Empangan Timah Tasoh pasti akan menemui RTM dan MTM.



Restoran Tok Mek


Motel Tok Mek

- - - - -

Masjid Jamek Beseri


Bermusafir di Perlis pada hari Jumaat membawa pencarian tempat untuk solat Jumaat. Menjelang masuknya waktu zohor kami berada di Beseri Perlis. Maka lokasi yang dituju tentulah Masjid Jamek Beseri. Masjid ini berdekatan dengan Institut Kemahiran MARA Beseri.





Ruang solat utama Masjid Jamek Beseri

- - - - -

Menuju Wang Kelian


Perjalanan seterusnya adalah dari Gua Kelam ke Wang Kelian. Jaraknya cuma 8 km dengan pemandangan menarik kepada mereka yang suka alam semulajadi melalui kawasan hutan hijau dan bukit batu kapur. Jarak WK dari Kangar sekitar 40 km.

Wang Kelian pernah sering dikunjungi pengunjung seperti mana Padang Besar. Namun sejak keluar berita mengenai pembunuhan pendatang haram di hutan Bukit Wang Burma berhampiran sempadan Msia-Thai menyebabkan pihak imigresen mengarah tutup bisnes di Wang Kelian.

Baca 'Wang Kelian: From shopping heven to ghost town' link - nst2017. Apa yang berlaku ke atas pendatang yang dizalimi di hutan BWB amatlah menyedihkan. Baca laporan oleh Suhakam - Sold Like Fish: Crimes against humanity, mass graves and human trafficking from Myanmar and Bangladesh to Malaysia from 2012 to 2015 (link - suhakam) 124 m/surat.





Green Earth Duty Free Wang Kelian



Rked Pekan Sehari Wang Kelian yang tinggal kosong tanpa sebarang bisnes

- - - - -