qilla

Friday, August 30, 2024

Ole Ole Bali Putra Height


Petang ni makan-makan kat Ole-Ole Bali, Putra Height. Sempena sambutan HBD Aql. Tempahan dibuat pukul lapan malam. Solat Magfhrib kat musola yang ada lat Level 2 bangunan sama.





- - - - -




Thursday, August 29, 2024

Rehearsal Penuh Perbarisan Hari Kemerdekaan 2024


Pagi ni dapat sama menyaksi rehearsal penuh sambutan perbarisan kemerdekaan 2024. Acara bermula sekitar jam tujuh setengah pagi dan berakhir dua jam kemudian. Suasana meriah pentas tempat duduk semua penuh dan acara berjalan lancar dan tersusun.






- - - - -



Wednesday, August 28, 2024

Menginap Dorsett Putrajaya


Petang tadi datang ke Dorsett Pitrajaya untuk check-in. Menginap di Dorsett untuk satu malam. Sempena hendak menyaksi rehearsal penuh perbarisan kemerdekaan pada esok pagi. Tempahan bilik dibuat sejak hari merdeka tahunlepas. Rate yang disebut masa tempahan cuma sekitar RM200. Menurut petugas kaunter hotel untuk tempahan tahun depan sudah naik kadarnya kepada enam ratus. Wau mahalnya.






- - - - -


Tuesday, August 27, 2024

Sesi Potong Rumput


Sesi potong rumput sempena menyambut kemerdekaan 2024. Cuaca cerah maka senang petugas kerja potong rumput.


- - - - -


Saturday, August 24, 2024

Majlis Walimah Anak Sepupu


Selesai hadir majlis Serdang bergerak pula menuju satu lagi majlis walimah. Majlis yang ini undangan sepupu maka ramilah bertemu sanak saudara datang dari merata.




- - - - -






Majlis Walimah Serdang


Hadir satu majlis walimah sekitar Serdang. Majlis kawan sekolah seri puteri. Ramailah rakan dari jabatan akauntan negara yang datang hadir.





- - - - -


Thursday, August 22, 2024

Tayar Masuk Paku


Tayar X70 pancit kerana masuk paku. Panggil mekanik datang. Pakunya besar maka kena bawa keluat tayar dan bawa balik kedai mekanik. Upah semua RM85.






- - - - -

Saturday, August 17, 2024

Berkunjung ke Bayu Lake Mantin


Hari ini membuat kunjungan ke Bayu Lake Home, sebuah taman perumahan di Mantin. Lokasinya betul-betul bersebelahan sebuah kelab golf di Mantin.




- - - - -


Sunday, August 11, 2024

Sesi Makan Durian Kebun Menderang


Hari ini ada jemputan istimewa. Undangan makan durian milik En Isa. Kebun en isa di kampung Menderang Sungkai. Perjalanan amik masa sekitar sejam setengah. En Isa usia sebaya, lahir pada tahun 1958. Dulu bersekolah di Sungkai. Habis sekolah bekerja dengan Jabatan Bomba sebagai pemandu. Tempat akhir kerja beliau adalah di Tronoh. Kini menetap di Taman Botani, Ipoh.







- - - - -


Saturday, August 10, 2024

Mohd Chan Kota Kemuning


Lunch hari ini kat Restoran Mohd Chan. Lokasi yang kat Kota Kemuning.



- - - - -


Saturday, August 03, 2024

Sunway Pyramid Ole-Ole Bali


Hari ini brunch kat Ole-Ole Bali Sunway Pyramid. Makan-makan sempena sambutah HBD Hzq.





- - - - -