qilla

Monday, September 30, 2024

Silverlakes Village Outlet Batu Gajah


Kalau sudah sampai ke Galeri Rumah Lat perlulah berkunjung sama ke Silverlakes Village Outlet. Lokasinya cuma bersebelahan dengan Galeri Lat..



North Village


Ada surau besar dan bersih elok

- - - - -






Galeri Rumah Lat Batu Gajah


Hari ini pertama kali berkunjung ke Galeri Lat. Lokasinya di Batu Gajah. Ia dibuka setiap hari dan masuk adalah percuma. Tanpa beli tiket. Cuma perlu tulis nama pengunjung di kaunter pengawal masuk.







- - - - -




Sunday, September 29, 2024

Gerbang Malam Ipoh


Selesai makan malam balik semula ke tempat penginapan. Sebelum tiba hotel singgah sekejap ka kawasan sekitar tempat tumpuan ramai iaitu Pasar Malam yang nama Gerbang Malam.



- - - - -


Restoran Assam House Ipoh


Untuk makan malam lokasi yang dituju adalam Restoran Asam. Terletak sekitar Kampung Rapat. Landmark lain yang boleh kenal sekitar kawasan ini ialah Restoran Capati Medan Gopeng.

Restoran Assam House sudah makin besar. Kali pertama datang dulu kecil dan didirikan khemah tambahan sebelah luar kedai untuk menampung pelanggan yang ramai. Kini renovasi dibuat dikawasan khemah lama tu. Sudah dibina baru dengan berbumbung. Senibina dan hiasan dalamannya pun catik.




Restoran Assam House

- - - - -




Menginap Bermalam Hotel Pi Ipoh


Dari Pengkalan Jaya bergerak pula ke tempat penginapan bermalam. Lokasinya Hotel Pi yang terletak kawasan Kampung Jawa. Nampaklah ada panggung Cathay lama tidak jauh dari hotel ni. Landmark lainnya adalah kedai mamak Restoran Bukhara. Kadar harga satu bilik cuma RM99 sahaja untuk satu malam. Muat untuk dua tetamu.




Ruang menuju ke bilik penginapan

- - - - -


Menyinggah Taman Pengkalan Jaya


Selesai urusan kat HRB Ipoh menerus perjalanan menuju Taman Pengkalan Jaya. Perjalanan amik masa sekitar dua puloh minit sahaja. Cepat kerana hari Ahad trafik tak sesak. Sempatlah berziarah ke rumah Abang Salleh. Baru ini dapat jumpa. Raya Puasa lepas mereka di Bgn Datok dan tak dapat nak ke sana sama.



Ramai yang bersama kat sini


- - - - -

Ziarah Sepupu Kat Hospital


Seorang sepupu sedang mendapat rawatan di HSB Ipoh. Dah lama beliau berada di wad. Asalnya operate untuk potong satu jari kaki kerana jangkitan kuman. Kalau datang pada hari Ahad masa lawatan memang panjang. Dari pukul 12.30 tengahari sampailah pukul 7 malam.



Berehat sebentar kat kafe hospital

- - - - -


Wednesday, September 25, 2024

Sesi Gunting Rambut


Pagi ni lepas bfast terus ke barber. Sesi gunting rambut.

Barber ni kat Liverpool berdekatan Anfield Stadium

- - - - -

Dinner Moon's Kitchen


Dinner malam ni Moon's Kitchen Putra Heights. Menu makan order siap-siap dari rumah. Sampai2 kedai order minuman saja. Maka cepatlah sikit dapat apa yang diorder. 

Satu yang spoil ialah customer meja sebelah bersembang bising amat. Habis semua bualan dia kita boleh dengar. 




Sunday, September 22, 2024

Majlis Sambutan Kfry


Malam ni makan kat KFry sempena sambutan hari lahir Atq dan Nhmy. Tiba ke Sunway Pyramid sekitar jam lapan dan terusmenuju KFry.




- - - - -




Majlis Walimah Pekan Meru


Hari ni ada undangan majlis walimah. Undangan oleh bekas pelajar nama Najihah. Yang kahwin adik kepada Najihah. Pertama kali datang ke lokasi Dewan Grand Gerbang Hall, Batu 7, Pekan Meru.



- - - - -



Thursday, September 19, 2024

Sesi Makan Presint18


Malam ini ada sesi makan-makan. Sempena kedatangan keluarga dari Bagan Serai. Menu utama laksa,  nasi dengan lauk daging rendang. Ada juga ikan masak tempoyak. 



- - - - -




Tuesday, September 17, 2024

Pasang DashCam Myvi


Hzq pasang dash cam kat Myvi. Buat di sebuah bengkel dengan upah RM150.


- - - - -


Monday, September 16, 2024

Lakeside Mall Elmina


Hari ini cuti Hari Mawulid Nabi dan cuti Hari Malaysia. Amik kesempatan beriadah kat Lakeside Elmina. Perjalanan amik masa setengah jam untuk menuju ke sana. Sesampai sana cuaca tak begitu elok mendung dan nak hujan. Dapatlah beriadah singkat sekitar lima belas minit. Lepas tu hujan turun lebat juga. Sempat berteduh kat sebuah gazebo berdekatan. 

Bila hujan reda bergerak menuju Lakeside Mall untuk breakfast. Situ ada kafe nyonya delight buka dari awal pagi jam lapan.



Lakeside Mall

- - - - -


Sunday, September 15, 2024

Restoran Mohd Chan Putrajaya


Selepas sesi badminton menyambung pulak sesi makan-makan. Menu kali ni chinese muslim kat Restoran Mohd Chan Putrajaya.





Mohd Chan
- - - - -


Sesi Bandminton Presint 18


Hari ni ada sesi badminton kat dewan Presint 18. Tempaha dewan patut bermula 9 pagi. Namun hampir puku 10 baru dapat masuk. Petugas yang menjaga dewan dah datang awal kemudia dia terus balik. Kami datang tapi bila nak buka pintu macam ketat. Sebenarnya petugas kata tolak je grill tu ke dalam kuat-kuat.




Dewan Presint 18

- - - - -


Saturday, September 14, 2024

Gintell Fitness


Lori Gintell datang menghantar mesin threadmill ke rumah. Pekerja yang pasang mesin cuma amik masa sekitar lima belas minit dan selesai kerja.



- - - - -


Friday, September 13, 2024

Glass Garden House


Petang ni dijemput oleh owner dewan nikah untuk melihat cara persiapan mereka. Dewannya agak besar. Cuma parkir mungkin agak kurang. Tapi owner kata kalau hari sabtu dan ahad tak ada masalah. Banyak parkir luar tepi jalan yang kosong kerana kilang sekitar tutup pada hujung minggu. 






Tuesday, September 03, 2024

Tukar Bateri Jazz


Kereta Jazz habis bateri. Tak boleh nak start. Panggil Etiqa dan mekanik datang selesaikan. Harga Bateri RM210.


- - - - -